100% kandungan web ini disedut terus dari blog
ilmudanulamak.blogspot.com
(menggunakan Subscribe to:
Posts (Atom) yang disediakan di hujung blog tersebut)
Ustaz Ahmad Adnan Bin Fadzil
Ijazah Sarjana Muda (Syari'ah) Uni. Al-Azhar (1997)
"Tidak halal harta seseorang melainkan dengan kerelaan hatinya" (HR al-Daruqutni. Nailul-Autar: 2425)
Namun ada pengecualian bagi harta anak di mana Nabi SAW bersabda kepada anak;
.
أَنْتَ، وَمَالُكَ لِأَبِيكَ
"Kamu dan harta kamu adalah bagi bapa kamu" (Musnad Ahmad; 6902, Sy al-Arnaut; hasan lighairihi).
Berdalilkan hadis ini, diboleh bagi bapa mengambil atau menggunakan harta anak, namun -menurut ulamak- keharusan itu terikat dengan beberapa syarat;
1. Bapa memerlukan,
2. Jangan sampai memudaratkan anak
3. Jika anak memerlukan, maka dia lebih berhak bagi harta itu,
4. Bapa mengambil untuk dirinya, bukan untuk diberikan kepada orang lain.
(al-Mughni, Imam Ibnu Qudamah).
.
Oleh kerana hadis hanya menyebut bapa, para ulamak khilaf tentang ibu. Sebahagian berkata; keharusan itu untuk bapa sahaja (berpegang dengan zahir hadis). Ada berkata; ibu seperti juga bapa, malah lebih dhaif dari bapa.
.
Wallahu a'lam.
.
SEORANG YANG MEMILIKI DUA RUMAH; BAGAIMANA MENGUKUR KEHARUSAN JAMAK DAN QASAR SOLAT BAGINYA? (16-02-2022)
Soalan; Assalamu'alaikum Ustaz Ahmad Adnan Fadzil, guru yg saya muliakan krn ALLAH TA'ALA.
Mohon pencerahan mengenai solat jama'/qasr dan status bermukim dan musafir :
Jika kita ada dua rumah satu di Perlis satu di Selangor dan kita selang seli berada di kedua tempat, adakah keduanya dianggap kediaman di mana apabila sampai shj dari pemusafiran dah x boleh jama'/qasr?
Dgn kata lain, adakah sebaik tiba dari pemusafiran di kedua rumah berkenaan status kita otomatik menjadi bermukim?
Atau adakah rumah yg kita tinggal lebih lama tu sahaja yg dianggap kediaman manakala rumah kita dok balik sekali sekala tu dah x dianggap kediaman?
JAWAPAN;
Orang yang ada dua rumah, jika dia tinggal menetap di satu rumah dan satu rumah lagi dia hanya bertandang ke situ sekali sekala sahaja, maka rumah pertama yang dikira tempat mastautinnya (yakni kediaman tetapnya). Di situ tidak harus dia menjamakkan dan mengqasarkan solat. Adapun di rumah satu lagi, jika ia bertandang ke situ, harus baginya jamak dan qasar solat jika jarak dari rumah pertamanya ke situ melebihi 2 marhalah (90KM) dan dia tidak berhasrat/berniat menetap di situ 4 hari penuh (tidak termasuk hari tiba dan hari akan keluar). Jika dia berhasrat tinggal di situ 4 hari penuh, tidak harus lagi dia melakukan jamak dan qasar sebaik sampai di situ kerana dia telah menjadi muqim (yakni orang yang tinggal di satu tempat dalam tempoh yang lama).
Adapun jika ia tinggal di kedua-dua tempat/rumah (yakni berulang alik), maka kediaman mastautinnya ialah di rumah paling lama dia menetap di situ. Jika tempoh menetapnya di kedua-dua rumah adalah sama, maka hendaklah dilihat pula di rumah mana menetap isteri dan anak-anaknya, maka rumah itu di kira/dianggap kediaman mastautinnya. Jika di kedua-dua tempat terdapat isteri dan anak-anaknya, maka kedua-dua rumah itu dikira kediaman mastautinnya dan tidak harus dia melakukan jamak dan qasar sebaik tiba di kedua-dua kawasan kediaman tersebut. Yakni, dia hanya dibolehkan jamak dan qasar dalam perjalanan sahaja jika jarak di antara dua kawasan itu mencapai 2 marhalah (90 KM).
MEMBACA AL-QURAN DAN BERZIKIR DENGAN HATI (31-01-2022)
SOALAN; Assalamualaikum ustaz, adakah membaca alquran atau zikir
secara kuat/israr/ jahar fadilatnya sama seperti membaca didalam hati?
JAWAPAN; tadabbur al-Quran memadai dengan hati, namun untuk
mendapat pahala membaca al-Quran mesti dengan pergerakan lidah dan mulut.
Bacaan al-Quran dalam solat juga tertakluk dengan hukum yang sama iaitu wajib
dibaca dengan menggerakkan mulut dan lidah. Tidak sah bacaan tanpa menggerakkan
mulut dan lidah (ada ketikanya dikuatkan suara dan adakalanya diperlahan suara,
mengikut keperluan yang ditentukan Syarak atau kehendak pembaca bagi situasi
yang bersesuaian dengannya). Bacaan lidah dan mulut amat digalakkan untuk
disertakan pula dengan zikir hati (iaitu tafahhum, tadabbur dan takhahsyu’).
Berzikir juga sama. Zikir-zikir seperti tahlil, tahmid,
tasbih, selawat dan sebagainya untuk mendapat pahala/fadhilat sebagaimana yang
dijanjikan dalam hadis-hadis mesti dengan bacaan lidah dan mulut. Untuk
ganjaran lebih sempurna disertakan pula dengan zikir hati tadi. Menurut ulamak;
darjat-darjat zikir ada empat;
a)Zikir lidah dan hati
(paling baik)
b)Zikir hati sahaja (baik)
c)Zikir lidah sahaja (baik)
d)Tidak berzikir langsung
(buruk, rugi)
Namun ada juga ulamak menggolongkan semua amalan
ketaatan/ibadah sebagai zikir seperti solat, sedekah, puasa, ziarah dan
sebagainya. Maka bagi pandangan ini, zikir turut merangkumi zikir badani di
samping zikir qalbi dan zikir lisani tadi. Sudah tentu zikir terbaik ialah
solat kerana terkandung di dalamnya rukun qalbi, qauli dan ‘amali.
Kesimpulannya, membaca al-Quran/berzikir dengan hati adalah
ibadah yang diberi pahala oleh Allah, namun untuk mendapat pahala qiraatul
Quran dan zikrullah mesti dengan pergerakan mulut dan lidah. Untuk lebih
sempurna, digabungkan kedua-dua sekali (zikir lisan dan zikir hati).
Wallahu a’lam.
BERZIKIR TANPA SUARA; APAKAH DIKIRA (31-01-2022)
Soalan; Bolehkah berrzikir degan menggerakan bibirdan lidah tetapi ada kala nya tidak terkekuar suara. Mohon pencerahan.Terima.kasih.....
JAWAPAN;
Menurut Imam al-Nawawi dalam al-Azkar; “Berzikir boleh dengan
hati dan boleh dengan lidah. Zikir terbaik ialah yang menggabungkan hati dan
lidah secara Bersama. Jika ingin berzikir dengan salah satu darinya sahaja,
maka zikir dengan hati lebih afdhal. Adapun zikir-zikir yang disyariatkan di
dalam solat dan ibadah-ibadah lainnya -sama ada yang wajib atau yang
disunatkan- tidak terhitung sebagai zikir melainkan dengan dilafazkan
sekira-kira dapat didengar oleh diri sendiri sekiranya tiada masalah pada
pendengarannya”.
Merujuk kepada soalan; lafaz-lafaz zikir yang disyariatkan membacanya
-dalam solat, selepas solat, zikir pagi dan petang, sebelum tidur dan
sebagainya- mesti dengan sebutan lidah dan mengeluarkan suara
sekurang-kurangnya yang dapat didengari diri sendiri. Dikecualikan bagi orang
yang mengalami masalah pendengaran, maka memadai dengan sebutan lidah walaupun
tanpa didengar telinga.